Wednesday, June 17, 2026

PM sampaikan Kenyataan Negara di PBB malam ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78, malam ini.

Beliau berkata, kenyataan itu akan disiarkan secara langsung pada jam 9.30 malam ini waktu Malaysia.

“Saya akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030, pelan hala tuju negara di bawah rangka kerja Malaysia Madani serta beberapa lagi isu global.

“Rakyat Malaysia boleh menyaksikan Kenyataan Negara ini secara langsung melalui saluran media tempatan dan Facebook live,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan