32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tiada pengeluaran drastik pemegang unit amanah PNB – Zeti

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Penularan pandemik Covid-19 dilihat tidak memberi kesan kepada jumlah pengeluaran oleh pemegang unit amanah di bawah pengurusan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Pengerusinya, Tan Sri Dr Zeti Aziz berkata, di sebalik keadaan ekonomi semasa, jumlah pemegang unit amanah saham masih stabil tanpa melibatkan pengeluaran drastik.

Menurutnya, dari masa ke semasa memang PNB melihat berlaku pengeluaran unit saham.

“Namun bagi kami jumlahnya (pengeluaran unit saham) masih stabil,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbarMinggu Saham Digital (MSD), adaptasi digital daripada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang berlangsung dari 18 hingga 24 November.

Majlis perasmian MSD disempurnakan oleh Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Untuk rekod,buat pertama kali dalam 20 tahun, minggu saham PNB diadakan secara maya melalui Facebook dan YouTube.

Advertisements

Mengulas mengenai MSD, Zeti berkata, program itu akan menjadi acara tahunan PNB sama seperti Minggu Saham Amanah.

Katanya, PNB sedang mengenalpasti cara terbaik untuk menjadikan MSD sebagai acara tahunan dan menambah baiknya menerusi pengalaman penganjuran pada tahun ini.

Namun katanya, MSD tidak akan mengetepikan golongan berusia kerana ia merupakan program untuk semua peringkat tanpa mengira usia mereka.

“Kami menyediakan banyak program daripada siri forum dan webinar pendidikan selain sesi nasihat 30 minit pada setiap hari bersama orang awam,” katanya.

Sementara itu, Zeti berkata, PNB akan terus meningkatkan pelaburan antarabangsa di sebalik keadaan ekonomi mencabar ketika ini.

Menurutnya, adalah menjadi objektif PNB untuk meneroka pelbagai pelaburan bukan sahaja luar negara malah dari dalam negara.

“Kami akan meneruskan portfolio antarabangsa namun ia dilakukan secara berhati-hati berikutan keadaan pasaran semasa yang sukar dijangka dan rapuh,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan