29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tidak rugi digelar pengkhianat asal bukan ‘Kit Siang’ – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan beliau tidak rugi apapun jika beliau dipanggil sebagai pengkhianat.

Kata bekas perdana menteri itu, sudah bertahun-tahun lamanya beliau telah dipanggil pembunuh, perompak, penyamun, penyangak, penzina atau penjual negara oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan gengnya namun tetap sabar. 

“Jadi, tak rugi apapun jika saya turut dipanggil ‘pengkhianat’ jika ‘pengkhianatan’ saya dan kawan-kawan ini berjaya memenuhi kehendak rakyat pada masa mereka paling terdesak dalam krisis dunia paling teruk sejak 100 tahun dahulu?

“Asalkan jangan panggil saya (Lim) Kit Siang sudah,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, beliau “tersasul” dan tidak tujukan ungkapan ‘pengkhianat’ kepada Najib apabila membidas pihak yang menolak Belanjawan 2021 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Shahidan akur beliau menyebut Pekan apabila menggelar mereka yang tidak menyokong Belanjawan 2021 sebagai pengkhianat di sidang itu, namun memberitahu FMT ia akibat beliau diganggu oleh wakil rakyat semasa perbahasan.

Advertisements

“(Bukan Pekan) tapi saya nak cakap bekas menteri kesihatan,” katanya apabila diminta mengulas teguran yang dibuat itu.

Ahli Parlimen Arau itu memberitahu Dewan bahawa pihak yang menolak Belanjawan 2021 adalah pengkhianat kerana rakyat, terutama yang kehilangan kerja, menunggu bantuan kerajaan.

“Sesiapa sahaja yang menolak belanjawan ini, termasuk kawan saya, bekas menteri kesihatan, (kalau) tolak bajet, (maka) khianat rakyat,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021.

Shahidan menegaskan hal itu ketika bekas menteri kesihatan, Dzulkefly Ahmad, meminta izin untuk mencelah.

Sebelum ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Najib pada Selasa lepas mengumumkan sokongan ahli Parlimen gabungan itu kepada Belanjawan 2021 tertakluk kepada pindaan dibuat.

Syaratnya ialah kerajaan membolehkan pencarum mengeluarkan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP secara “one-off”, dan meluluskan moratorium automatik untuk bayaran balik pinjaman bank selama 6 bulan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan