23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Gesaan UMNO, BN atau kemahuan politik Ahmad Zahid?

Mesti Baca

Zulkiflee Bakar
Penulis Khas Edisi 9


APABILA Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini, orang melihat beliau bukan sahaja bercakap sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk tetapi juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Oleh itu apabila beliau membangkitkan soal kejujuran dalam berpolitik, mahu undi percaya dilaksanakan dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat, ramai tertanya-tanya apakah mesej yang ingin beliau sampaikan.

Kata Ahmad Zahid, “Dalam politik harus ada kejujuran, baik sebagai rakan kongsi – atau atas nama dokongan, secara piagam atau perjanjian persefahaman, secara bertulis atau secara konvensyen dan secara tersurat dan tersirat.”

Kenyataan beliau dilihat memberi isyarat bahawa hubungan antara UMNO dalam kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bukanlah berada dalam keadaan baik, biarpun tiada menteri atau timbalan menteri daripada UMNO meletakkan jawatan.

Ahmad Zahid bukanlah pemimpin UMNO yang pertama membuat kenyataan yang menunjukkan hubungan UMNO dalam PN bermasalah.

Sebelum ini Tengku Razaleigh Hamzah juga menggesa UMNO mengkaji semula kerjasama dengan Bersatu dan Pas dan ada pemimpin parti itu turut membuat gesaan yang sama.

Cuma apabila kenyataan keluar dari mulut Ahmad Zahid, walaupun di dalam parti itu beliau dianggap tidak mempunyai cengkaman yang kuat tetapi ia sudah cukup memberi gambaran bahawa ada masalah dalam Kerajaan PN.

Apatah lagi mungkin inilah kali pertama ketua kepada satu gabungan dalam kerajaan menggesa Dewan Rakyat mengutamakan ujian terhadap legitimasi pimpinan masa kini.

Baca juga:   ‘Datuk Seri’ ditahan terlibat judi mesin slot
Baca juga:   UMNO, Pas Terengganu bermuafakatlah demi kepentingan bangsa, agama

Hujah beliau, “Rakyat mesti diberikan keutamaan. Dewan yang mulia ini pentas terbaik untuk negara berada dalam situasi politik yang stabil. Sama ada terdapat usul undi percaya atau sebaliknya, ia hendak diuji di Dewan yang mulia ini.”

Penekanan yang diberikan ketika memperkatakan mengenai isu undi percaya, menunjukkan Ahmad Zahid serius mahu ia dilaksanakan apabila menegaskan;

“Jika ini tidak dapat dilakukan kekangan Peraturan Mesyuarat, sesuatu mesti dipersesuaikan dengan urusan kerajaan mesti diutamakan. Biarlah kerajaan sendiri yang menjadikannya sebagai urusan kerajaan diutamakan, iaitu menjadi usul undi percaya dibawa ke Dewan yang mulia ini.”

Selain itu, gesaan Ahmad Zahid supaya semua ahli Parlimen baik kerajaan mahupun pembangkang untuk bersatu hati mengembalikan mandat kepada rakyat menunjukkan UMNO semakin ‘tawar hati’ untuk terus bersama dalam kerajaan PN.

Cuma yang menjadi persoalan adakah apa juga kenyataan Ahmad Zahid melalui perbahasan itu atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen atau Presiden UMNO dan Pengerusi BN?

Ia memandangkan di dalam UMNO, entah betul atau tidak, Ahmad Zahid dikatakan tidaklah mempunyai pengaruh yang hebat seperti mana Presiden-Presiden sebelum ini, malah ada yang berpendapat, tuduhan di mahkamah yang dihadapi beliau juga sedikit sebanyak menjejaskan imej beliau.

Tetapi itu soal lain, apa yang penting sekarang, apakah yang diperkatakan itu gesaan UMNO, BN atau kemahuan politik Ahmad Zahid?

Baca juga:   PDRM kerah anggota, aset tambahan perkukuh kawalan sempadan

Ahmad Zahid mahu mandat diserahkan kembali kepada rakyat atau dalam bahasa mudah, bubarkan Parlimen dan adakan pilihan raya umum, kalau beliau bercakap sebagai Presiden UMNO, adakah semua ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Parlimen daripada parti itu bersetuju dengan gesaan beliau?

Baca juga:   Anwar akan dianggap ‘pengecut’ jika tunduk lagi kepada Mahathir

Apapun penulis lebih teruja untuk melihat episod Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat sehingga hari pengundian 25 November ini kerana pada hari itu rakyat boleh menilai siapa berjuang untuk mereka dan siapa pula ‘telunjuk lurus kelingking berkait’?

Terkini

Langgar peraturan: Polis siasat kenderaan timbalan menteri

CYBERJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan menyiasat sebuah kenderaan dipercayai milik seorang timbalan menteri kerana memotong di...

Lagi Artikel Berkaitan