30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Temu Anwar di Jakarta, Indonesia Selasa ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SESI dialog bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Temu Anwar diberikan kelainan apabila buat julung kalinya akan diadakan di luar negara.

Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook memaklumkan, sesi dialog tersebut aakan diadakan di Grand Emerald Ballroom, Redtop Hotel & Convention Centre, Jakarta, Indonesia pada Selasa ini.

Katanya, ia bakal turut memperlihatkan penampilan istimewa selebriti Indonesia, Raffi Ahmad dan isterinya, Nagita Slavina.

“Saya dijadualkan ketemu sahabat dan teman-teman Indonesia dalam satu acara wacana dan diskusi yang akan diadakan di Jakarta pada Selasa ini.

Advertisements

“Semua dijemput termasuk mahasiswa dan anak muda untuk ikut serta bersama. Saya amat berharap dapat bertemu dengan seramai mungkin sahabat dari Indonesia, selain mahasiswa dan rakyat Malaysia di Indonesia.

Menurut Anwar, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.

Temu Anwar sebelum ini diadakan di beberapa lokasi seperti Pusat Konvensyen Kuala lumpur (KLCC), Kolej Vokasional Langkawi, Kedah; Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia (USM) dan lain-lain.

Sesi dialog ini dijangka akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Skudai pada pukul 2 petang, esok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan