31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Malaysia lindungi hak, Zon Ekonomi Eksklusif di Laut China Selatan

Kerajaan Perpaduan kekal mempertahankan kepentingan Malaysia dalam persada antarabangsa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA kekal akan melindungi kedaulatan, hak, dan kepentingan Zon Ekonomi Eksklusif negara di Laut China Selatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat Kerajaan Perpaduan untuk mempertahankan kepentingan Malaysia dalam persada antarabangsa tidak pernah luntur, kendatipun berdepan dengan kebhinekaan tantangan.

“Kuasa-kuasa besar, terutama dari Barat, perlu sedar bahawa tatanan dunia barat ini tidak boleh lagi mendominasi suara di persada global.

“Apakala ada lagi negara-negara dan rantau-rantau lain yang mempunyai suara sendiri untuk mengutarakan kepentingan dan hak mereka,”katanya pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36 hari ini.

Advertisements

Persidangan itu turut dihadiri oleh para pemimpin pemikiran dan cendekiawan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, nilai-nilai toleransi, faham-memahami, dan kerjasama adalah penting untuk membina tatanan dunia yang majmuk.

“Namun, saya akur bahawa ASEAN, di mana Malaysia adalah salah satu ahli dalam kelompok kesatuan geografi dan ekonomi, masih ada banyak lagi ruang untuk berkembang, nescaya mampu untuk bersaing di pentas ekonomi global,” ujar beliau.

Dalam persidangan tersebut juga beliau turut cerakinkan bahawa ASEAN ini bukanlah bidak semata-mata dalam pencaturan geo-politik antara Amerika Syarikat dan China.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan peruntuk RM2.3 juta untuk program perpaduan YSS

KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM2.3 juta kepada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bagi pelaksanaan program perpaduan bagi tahun ini. Menteri Perpaduan Negara,...

Lagi Artikel Berkaitan