32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tangani isu air bersih jika diberi mandat di Kelantan – Zahid

Itu adalah perkara utama yang akan dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan akan menangani isu bekalan air bersih dan menghapuskan tunggakan bil air sekiranya diberi mandat mentadbir negeri Kelantan pada pilihanraya negeri kali ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada ceramah Himpunan Jentera dan Penyokong Barisan Nasional (BN)- Pakatan Harapan (PH) Pasir Puteh, Kelantan, malam tadi.

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau percaya, rakyat Kelantan kini telah celik dan mula menolak fahaman politik ekstrem dan radikal yang akhirnya akan memecahbelah dan memusnahkan ukhwah dan perpaduan sesama Islam itu sendiri.

“Buktinya, semalam saya melihat semangat Gelombang Biru 2.0 di Kelantan ketika hadir memeriahkan Himpunan Jentera dan Penyokong BN-PH Pasir Puteh, Kelantan dengan kehadiran yang begitu ramai dan di luar jangkaan.

“Saya optimis bahawa gabungan perpaduan BN-PH akan memperoleh kemenangan di Kelantan dengan mendapat sekurang-kurangnya 23 kerusi DUN.

Advertisements

“Ini berdasarkan gelombang perubahan yang berlaku di negeri ini yang begitu positif.

“Jika berlaku pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri Kelantan, pastinya perkara utama yang akan dilakukan adalah untuk menangani isu bekalan air bersih dan menghapuskan tunggakan bil air,”katanya.

Selain itu, Zahid berkata, antara lain BN-PH Kelantan juga akan mewujudkan sebuah Kolej Universiti Tahfiz Al-Quran dan Sains serta menyasarkan 20,000 peluang pekerjaan baharu.

“Tawaran BN-PH kepada rakyat Kelantan adalah tekad kita, bukan untuk bermain politik seperti Kerajaan Negeri sedia ada.

“Berilah ruang dan peluang kepada kami untuk memimpin negeri ini, InsyaAllah,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan