33.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Lelaki dalam tahanan disahkan mati mengejut

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kes kematian lelaki dalam tahanan pada 31 Julai lalu.

Sebaliknya, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, kematian lelaki berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, ini susulan proses bedah siasat telah dijalankan Hospital Miri, Sarawak semalam.

“Ujian pengesanan Covid-19 telah dibuat ke atas si mati dan keputusan adalah negatif.

Advertisements

“Punca kematian adalah disebabkan pendarahan dalam perut akibat penyakit hari yang kronik dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya  menerusi kenyataan hari ini.

Seorang lelaki etnik Kenyah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Marudi, Sarawak selepas mengadu sakit dada dan kesukaran bernafas pada Isnin lalu.

Suspek yang berusia 50 tahun ditahan atas kesalahan ugutan jenayah dilaporkan disahkan meninggal dunia pada pukul 10.30 malam oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Beluru di Marudi. 

Sementara itu, beliau berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USUKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kerada koroner. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan