27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Proton pamer peningkatan jualan pada Julai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

Proton Holdings Bhd (Proton) terus menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila jualan Julai mencatatkan peningkatan sebanyak 16.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menerusi kenyataan Proton berkata, pada bulan lalu, kereta nasional itu mencatatkan jualan sebanyak 13,326 unit merangkumi pasaran domestik dan eksport. 

“Ini telah membantu meningkatkan jualan tahun kini (YTD) kepada 90,647 unit, menunjukkan peningkatan pesat dan kepuasan pelanggan yang tinggi.

Advertisements

“Proton X90 menjadi peneraju jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen D di Malaysia hanya dalam tempoh kurang dari tiga bulan sejak pelancarannya,” katanya hari ini. 

Menurut Proton, selain daripada Proton X90, tiga model lain seperti Proton Persona, Proton X50, dan Proton Exora turut menguatkan kedudukan mereka sebagai peneraju jualan dalam segmen masing-masing. 

“Kejayaan ini tidak mungkin dicekapi tanpa sokongan daripada semua pelanggan setia Proton, dan kami berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan