27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Perbelanjaan PRK Pulai, Simpang Jeram sebanyak RM6 juta

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERBELANJAAN bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dianggarkan sebanyak RM6 juta.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, PRK Parlimen P.161 Pulai dianggarkan menggunakan peruntukan sebanyak RM4.5 juta.

Katanya, bagi PRK DUN N.13 Simpang Jeram, Johor pula dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. 

“Jumlah keseluruhan anggaran peruntukan bagi kedua-dua PRK ini adalah sebanyak RM6 juta,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas PRK kedua-dua kawasan itu di Menara SPR, hari ini.

Advertisements

SPR telah menetapkan tarikh mengundi bagi kedua-dua kawasan tersebut adalah pada 9 September dengan tarikh penamaan calon pada 26 Ogos dan mengundi awal pada 5 September.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Renggam diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu akibat pendarahan otak.

Abdul Ghani berkata, bagi PRK Parlimen Pulai, Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) adalah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

“Manakala bagi PRK DUN N.13 Simpang Jeram pula akan diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor akan digunakan sebagai PPC dan PPRU,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan