Saturday, June 13, 2026

Jalan mendap: Menteri arah jabatan, agensi beri maklumat terkini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telahpun mengarahkan jabatan dan agensi yang terlibat supaya memberikan maklumat terkini kejadian kes jalan mendap yang berlaku di Kilometer (KM) 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari masa ke semasa.

Katanya, status terkini semua lorong arah Timur dan Barat ditutup.

“Pengguna ke arah Kuantan/ Karak juga dinasihatkan keluar ke Persimpangan Bentong Barat dan masuk semula ke lebuhraya di Persimpangan Bentong Timur.

“Selain itu, pengguna yang ingin menggunakan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Road (CSR) untuk ke Kota Bharu dibenarkan menggunakan Persimpangan CSR.

“Manakala, pengguna ke arah Kuala Lumpur pula dinasihatkan keluar di Persimpangan Bentong Timur dan masuk semula ke lebuhraya di Persimpangan Bentong Barat,”katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan kejadian mendapan tanah (sinkhole) berlaku di KM 66.1 arah Barat dan Timur, di antara Persimpangan Bentong Barat ke Persimpangan Bentong Timur.

Trafik dalam keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan