28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Sayu… Mesyuarat Kabinet tanpa Salahuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SAYU… Begitulah suasana mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada pagi tadi berbanding kebiasaannya.

Perkara itu dikongsikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang memuat naik sekeping gambar tempat duduk kerusi yang ditinggalkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Mohd Zuki menerusi hantaran di Facebook berkata, meskipun beliau telah tiada, semangat dan komitmen dalam menggalas tugas sebagai anggota kabinet khususnya dalam menangani isu kos sara hidup rakyat akan diteruskan dan diperjuangkan sehingga agenda kerajaan tercapai.

Advertisements

Salahuddin, 61, menghembuskan nafas terakhir pada 9.23 malam Ahad di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Beliau sebelum ini dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira jam 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan