30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Bangunan lama Jakoa terbakar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BANGUNAN lama Unit Pengurusan Gombak (UPG) Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 1.29 tengahari tadi.

Jakoa menerusi kenyataan berkata, sebanyak lima jentera Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Melati, Simpang Tiga Greenwood dan Selayang telah digerakkan ke lokasi kebakaran.

Katanya, api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya pada pukul tiga petang.

“Kebakaran ini telah mengakibatkan kemusnahan seratus peratus pada bangunan tersebut.

Advertisements

“Turut musnah ialah sebuah kontena yang mengandungi peralatan projek pembaikan cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) yang sedang beroperasi,” katanya hari ini.

Jakoa berkata, punca kebakaran dan kemusnahan aset masih dalam siasatan pihak bomba dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, bangunan lama UPG berkenaan kini digunakan untuk menyimpan barang-barang lama sumbangan komuniti seperti buku, perabot, mesin jahit dan fabrik yang tidak digunakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan