30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Galtier disingkir, PSG lantik Enrique sebagai pengurus baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) menamatkan khidmat Chistophe Galtier selepas hanya semusim di Paris.

Susulan pemecatan Galtier, PSG mengumumkan pelantikan bekas pengendali Barcelona dan Sepanyol, Luis Enrique sebagai pengurus baharu juara Ligue 1 itu.

Enrique tidak mempunyai sebarang jawatan selepas meninggalkan skuad kebangsaan Sepanyol usai Piala Dunia Qatar Januari lalu dan ini merupakan kelan pertama dikendali pengurus itu sejak meninggalkan Barcelona pada Mei 2017.

Sepanjang mengendalikan Barca, Enrique cemerlang apabila berjaya menjuarai La Liga, trofi Liga Juara Juara Eropah dan Copa del Rey sebanyak tiga kali.

Advertisements

Sementara Galtier juga turut cemerlang apabila menjuarai kejuaraan berganda, memenangi Ligue 1 dan Trophe des Champions musim lepas.

Enrique merupakan calon yang disenarai pendek Chelsea dan Tottenham sejak meninggalkan skuad La Roja.

“Saya gembira dapat menyertai PSG dan sedia menikmati pengalaman baharu di sini.

“Ini sangat mengujakan apabila dapat bertemu orang baharu, tinggal di bandar ini, belajar bahasa baharu dan melebihi segalanya adalah mengendalikan PSG,” katanya menerusi laman web rasmi kelab. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan