28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

England, Sepanyol bakal berentap di final Euro B-21

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ENGLAND mencatat sejarah mara ke perlawanan akhir Kejohanan Eropah (Euro) Bawah-21 (B-21) buat kali pertama sejak 1984 apabila menewaskan Israel 3-0 di separuh akhir awal pagi tadi.

Lebih manis lagi, kejayaan ke final itu dicatatkan anak buah Lee Carsley tanpa dibolosi sebarang jaringan sepanjang kejohanan.

England terlepas peluang menjaringkan gol pada minit ke-17 apabila sepakan penalti Morgan Gibbs-White tersasar namun pemian tengah Nottingham Forest itu menebus kekecewaan apabila meledak gol pertama pada minit ke-42.

Skuad muda Three Lions itu sukar digugat di babak kedua apabila menambah dua lagi jaringan menerusi Cole Palmer dan Cameron Archer untuk memastikan tiket ke final.

Dalam satu perlawanan menyaksikan juara lima kali, Sepanyol tidak berdepan masalah untuk ke final apabila membelasah Ukraine, 5-1 awal pagi tadi.

Advertisements

Ukraine bagaimanapun mendahului perlawanan menerusi jaringan awal menerusi penyudah Artem Bordarenko pada minit ke-13 namun selang empat minit kemudian Sepanyol bangkit menyamakan kedudukan hasil sentuhan penyerang Braga, Abel Ruiz.

Pemain tengah Athletic Bilbao, Oihan Sanchet meledak gol kedua skuad muda La Roja pada minit ke-24 untuk memastkan Sepanyol mendahului 2-1 ketika menuju ke bilik persalinan.

Skuad bimbingan Santi Denia itu tidak memberi ihsan kepada Ukraine apabila meledak tiga lagi gol di babak kedua menerusi jaringan Antonio Blanco pada minit ke-54, Aimar Oroz (68′) dan Sergio Gomez (78′).

Aksi final Euro B-21 akan berlangsung pada Adjarabet Arena, Batumi, Georgia pada awal pagi Ahad ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan