31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Milan kemuka tawaran RM142 juta untuk Pulisic

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB Serie A, AC Milan dilapor mengemukakan tawaran baharu sebanyak RM142 juta bagi mendapatkan pemain sayap Amerika Syarikat (AS), Christian Pulisic dari Chelsea.

Kapten AS itu secara terangan menjelaskan kepada The Blues berhubung keinginannya untuk berhijrah ke San Siro musim panas ini.

Tawaran Milan kini disaiingi kelab Perancis, Olympique Lyon namun hati Pulisic enggan berhijrah ke Ligue 1 untuk beraksi di Serie A.

Pemain sayap berusia 24 tahun itu menyertai Chelsea pada 2018 dengan yuran perpindahan sebanyak RM438 juta namun kini menjadi antara 11 pemain yang bakal meninggalkan kelab.

Advertisements

Ini selepas The Blues mahu membuat jualan besar-besaran bagi menampung semula kewangan kelab selepas berbelanja besar pada jendela perpindahan Januari lalu.

Chelsea dan Milan mempunyai hubungan baik dan telah melakukan beberapa transaksi perpindahan pemain termasuk Olivier Giroud, Fikayo Tomori, Tiemoue Bakayoko dan terbaharu, Ruben Loftus-Cheek.

Pulisic pula hanya membuat lapan penampilan di Liga Perdana Inggeris musim lalu namun kekal menjadi pemain utama skuad AS.

Milan kini percaya tawaran baharu yang dikemukakan kelab itu akan diterima Chelsea selepas bidaan awal mereka ditolak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan