Saturday, June 13, 2026

Saya jadi Exco kerana dipilih rakyat, bukan menjilat – Akmal

Mesti Baca

“SAYA jadi Exco (Kerajaan Negeri Melaka) sebab dipilih rakyat, bukan diangkat dengan cara menjilat pemimpin.”

Demikian ditegaskan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh membalas kenyataan bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

ADUN Merlimau itu menjelaskan, Nazri yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO sedikit pun tidak membantu beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2021 sehingga menang sebelum dilantik sebagai Exco.

“Owh ya, Dato Seri buat kenyataan beritahu bahawa Dato Seri menjilat untuk keuntungan saya dapat jadi Exco Kerajaan Negeri.

“Tapi saya nak beritahu Dato Seri, saya jadi Exco disebabkan dipilih oleh rakyat dan masa ketika itu pun Dato Seri langsung tidak membantu apa lagi datang tolong berkempen.

“Jadi saya diangkat oleh rakyat, bukan diangkat dengan cara menjilat pemimpin,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Akmal berkata, sebenarnya Nazri menjilat untuk keuntungan peribadi dan bukan untuk orang lain, dan jelas kenyataan beliau akibat “koyak” apabila digelar “penjilat.”

“Dan satu lagi, jawapan Dato Seri ni jika orang muda panggil jawapan KOYAK. Teruskan menjilat!,” katanya.

Perang mulut antara Akmal dan Nazri tercetus apabila bekas Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas itu menyifatkan suara Pemuda UMNO hanya mewakili sebahagian kecil orang Melayu.

Ini berikutan tindakan Akmal yang dilihat sering membuat kenyataan keras dan pendirian Presiden UMNO berhubung beberapa isu sehingga menjejaskan keharmonian terutama dengan DAP.

Bengang dengan kenyataan tersebut, Akmal menggelarkan Nazri sebagai penjilat yang memuji-muji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu temu bual bersama media beberapa hari lalu.

Nazri yang “koyak” selepas diberikan gelaran tersebut menganggap Akmal sebagai kebudak-budakan.

Beliau berkata, hasil menjilatnya membolehkan Akmal menjadi Exco Kerajaan Negeri selain membantu UMNO. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan