33.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024

Tiga beregu gagal teruskan perjuangan di Masters China

Mesti Baca

KETIKA dua beregu campuran melangkah bergaya ke separuh akhir Master China di Shenzen, tiga lagi beregu menerima nasib berbeza hari ini.

Dua beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Tze Fei-Nur Izzuddin gagal melepasi halangan masing-masing di peringkat suku akhir malam ini.

Aaron-Wooi Yik disingkirkan beregu tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dengan 23-25, 21-17, 12-21 dalam masa 1 jam 13 minit.

Tze Fei-Nur Izzuddin pula terpaksa akur dengan aksi bertenaga beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-18, 19-21, 21-23.

Ini merupakan kekalahan pertama beregu ke lapan dunia itu di tangan beregu Indonesia, yang ditewaskan mereka pada Masters Indonesia pada 2022 lalu.

Sementara itu, Pearly Tan-M. Thinaah pula memberi tentangan sengit kepada beregu utama China, Liu Sheng Shu-Tan Ning sebelum tunduk 21-16, 21-17 dalam masa 48 minit.

Kekalahan itu merupakan yang keenam daripada sembilan pertemuan bagi beregu keenam dunia itu di tangan beregu no. 1 dunia yang kali terakhir kedua-dua beregu bertemu di final Terbuka Artik bulan lalu.

Advertisements

Sementara itu, harapan diberikan kepada dua beregu campuran yang terlebih dahulu menempah tiket ke separuh akhir esok.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menyingkirkan beregu tuan rumah Guo Xin Wa-Chen Fang Hui dengan 14-21, 23-21, 21-16.

Manakala Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin pula turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan beregu Taiwan, Chen Cheng Kuan-Hsu Yin Hui 21-10, 21-16.

Di peringkat separuh akhir esok, Tang Jie-Ee Wei akan dicabar beregu tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang menduduki ranking kedua dunia.

Daripada lima pertemuan sebelum ini, pasangan beregu negara mencatat dua kali kemenangan dengan kali terakhir di Sukan Olimpik Paris, Julai lalu.

Manakala Pang Ron-Su Yin yang menyingkirkan pilihan pertama dari China di Pusingan 16 sebelum ini akan dicabar pasangan beregu ke lapan dunia dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Perlawanan bermula 10 pagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Banjir: PMC utamakan kesihatan pesakit sedia ada, kakitangan

PUTRA Medical Centre (PMC) Alor Setar, Kedah memperkukuh komitmen terhadap servis komuniti dengan memberi keutamaan kepada pesakit dalaman dan...

Lagi Artikel Berkaitan