Wednesday, July 22, 2026

Terbuka Artik: Zii Jia kandas lagi, tiga beregu mara

Mesti Baca

PERSEORANGAN lelaki negara, Lee Zii Jia gagal membuang badi ke atas pemain Jepun, Koki Watanabe apabila gagal ke separuh akhir badminton Terbuka Artik, Finland malam tadi.

Pemain keempat dunia itu bagaimanapun memberi tentangan sengit ke atas pemain yang memalukannya di Terbuka China sebelum ini dengan 13-21, 21-14, 12-21 dalam aksi di Vantaa, Finland.

Ini merupakan kekalahan ketiga dalam tiga pertemuan ke atas pemain ranking 14 dunia itu, dengan kali terakhir kekalahan memalukan Zii Jia di Terbuka China apabila tewas mudah  15-21, 2-21 September lalu.

Bagaimanapun, kem Malaysia diceriakan dengan kemaraan tiga pemain beregu diketuai pasangan beregu lelaki kedua negara, Nur Izzudin-Goh Sze Fei yang menang bergaya ke atas jaguh Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Arianto 23-21, 19-21, 21-20.

Menanti Nur Izzudin-Sze Fei di separuh akhir, jaguh dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Turut menempah tempat ke separuh akhir beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang menewaskan rakan senegara, Hoo Pan Rong-Chen Su Yin 21-19, 21-15.

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani meraih gelaran pertama Terbuka China baru-baru ini.

Pasangan suami-isteri ini sekali lagi berdepan beregu ranking kedua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Cin bagi mencari satu slot ke final.

Pearly Tan-M. Thinaah turut melakar kemenangan ke atas beregu China-Taipei, Chang Chin Hui-Yang Ching Tun 21-8, 21-18 untuk memburu gelaran kedua tahun ini.

Beregu wanita utama negara itu bakal dicabar beregu Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di separuh akhir.

Kesemua perlawanan akan berlangsung hari ini mulai pukul 3 petang ini (waktu Malaysia). – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan