30.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Terbuka Artik: Sze Fei-Izzuddin, Pearly-Thinaah selangkah juara

Mesti Baca

DUA beregu handalan negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan pasangan Pearly Tan-M.Thinaah memburu gelaran ketiga dan kedua masing-masing tahun ini pada kejohanan badminton Terbuka Artik, Finland hari ini.

Ini susulan kejayaan mereka menempah slot ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir yang berlangsung di Energia Areena, Vantaa, malam tadi.

Sze Fei-Izzuddin yang juga beregu lelaki kedua negara berjaya mengenepikan pilihan pertama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Tewas pada set pertama 21-19, Sze Fei-Izzuddin yang masih segar dengar gelaran juara Terbuka China baru-baru ini bangkit pada set kedua untuk menang 21-17 sekali gus  mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pada set ketiga, kedua-dua beregu saling berkejaran mata sebelum Tze Fei-Izzuddin menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-18.

Lawan yang menanti pasangan ke-13 dunia itu ialah jaguh Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen yang mengetepikan beregu Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-14, 21-19.

Sze Fei-Izzudin bakal berdepan pasangan Denmark pada perlawanan akhir Terbuka Artik, Finland.

Bagaimanapun rekod pertemuan mereka banyak berpihak kepada pasangan Denmark yang mana daripada tujuh pertemuan pasangan negara hanya menang sekali.

Advertisements

Sementara itu, Pearly-Thinaah mara ke perlawanan akhir dalam aksi penuh dramatik dan mendebarkan ketika bertemu beregu Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.

Pada set pertama pasangan utama wanita negara itu tunduk dengan 19-21 namun bangkit pada set kedua untuk menewaskan pilihan kedua kejohanan itu dengan 21-19.

Pada set penentuan, Pearly-Thinaah ketinggalan 16-11 sebelum dapat menyamakan kedudukan kepada 20-20.

Namun ketika di mata akhir 23-22, Pearly mengalami  kekejangan pada betis kanan sehingga mencemaskan pasangannya, Thinaah dan kem Malaysia. 

Begitupun dia dapat kembali beraksi dan servisnya di mata 25-24 gagal dikembalikan dengan sempurna oleh pasangan Jepun membolehkan mereka melakar kemenangan 26-24.

Pada perlawanan akhir hari ini, Pearly-Thinaah sekali lagi berdepan dengan pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning yang ditewaskan mereka pada final Terbuka Hong Kong sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan