32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 7, 2024

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara setakat tahun ini melibatkan kos sebanyak RM8.5 bilion.

Menurut KPM, daripada jumlah tersebut, sebanyak 339 projek dilaksanakan di Sabah, 400 di Sarawak dan 352 lagi di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

“Setakat 11 Oktober 2024, sebanyak 717 projek telah siap sepenuhnya, 183 dalam pembinaan, 176 berada di peringkat prabina dan 15 lagi sedang dinilai semula.

“Tempoh pembinaan bagi pelaksanaan projek ini adalah di antara enam bulan hingga 36 bulan tertakluk kepada skop projek

dan keperluan kerja penyediaan tapak,” kata KPM dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

KPM berkata, pihaknya terus menjadikan insiatif projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara sebagai keutamaan.

Beliau berkata, ini bagi memastikan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid dapat dipertingkatkan.

Malahan kata KPM, bagi tujuan itu, kerajaan telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas

Reformasi Sektor Awam (STAR) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

“KPM turut menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal untuk menyelaras pelaksanaan projek di pelbagai peringkat serta melaporkan status projek dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia Madani,” kata KPM. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SME Corp, Monsha’at Arab Saudi jalin kerjasama, kongsi maklumat

SME Corp. Malaysia menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Am Perusahaan Kecil dan Sederhana (Monsha'at) Arab Saudi bagi...

Lagi Artikel Berkaitan