Sunday, July 19, 2026

Abai Bahasa Kebangsaan: Lima premis diberi tempoh 14 hari

Mesti Baca

SEBANYAK lima buah premis di Jalan Imbi di ibu negara diberi tempoh 14 hari untuk menurunkan papan iklan perniagaan mereka.

Ini berikutan, mereka didapati melanggar Undang-undang Kecil Iklan (WP) 1982 meeana meminggirkan bahasa Melayu selaku Bahasa Kebangsaan pada papan iklan mereka.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pemilik perniagaan terbabit juga telah dikenakan kompaun dan notis penguatkuasaan kerana melanggar peraturan tersebut.

“Walaupun peraturan sudah lama diperkenalkan, nampaknya masih ada premis di sekitar Bukit Bintang yang tak faham atau buat-buat lupa tentang kepentingan Bahasa Malaysia. 

“Melalui satu video tular di media sosial, DBKL turun padang untuk ‘menyegarkan’ ingatan mereka tentang peraturan ini,” kata DBKL menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

DBKL berkata, pihaknya akan terus memantau dan memastikan  premis-premis lain tidak ‘terlupa’ untuk menggunakan bahasa kebangsaan pada papan iklan mereka di masa akan datang. 

DBKL turut mengalu-alukan orang ramai untuk menyalur maklumat jika ternampak mana-mana papan iklan yang ‘gagal faham’ peraturan agar terus melaporkannya melalui https://adukl.dbkl.gov.my. – Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan