25.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Olimpik: Dua beregu negara gagal ‘robohkan’ Tembok Besar China

Mesti Baca

DUA pemain beregu negara gagal merobohkan Tembok Besar China apabila kecundangan kepada para pemain dari negara itu dalam aksi separuh akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimana pun beregu wanita, Pearly Tan-M.Thinaah dan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik memberi tentang sengit sehingga mengheret ke rubber-set sebelum tunduk kepada lawan masing-masing.

Pada perlawanan yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris it, Pearly-Thinaa terlebih dahulu akur kepada pasangan no.1 dunia, Chen Qing Che -Jia Yi Fan dengan 12-21, 21-18, 15-21 dalam tempoh 78 minit.

Meskipun tidak dapat meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir, pencapaian pasangan No.12 dunia itu tetap dibanggakan apabila mereka menjadi beregu wanita pertama negara yang berjaya melangkah ke separuh akhir di pentas Olimpik.

Advertisements

Pearly-Thinaah akan bertemu pasangan beregu Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida tewas kepada satu lagi beregu China, Liu Sheng Shu-Tan Ning bagi merebut pingat gangsa.

Sementara itu, harapan menyaksikan Aaron-Wooi Yik menggenggam emas pertama Olimpik negara juga tidak kesampaian apabila tunduk juga kepada beregu no. 1 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Pilihan kelima itu tumpas 19-21, 21-15, 17-21 dalam aksi yang penuh mendebarkan dengan kedua-dua beregu saling berkejar mata dalam ketiga-tiga set. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan