29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Bawa usul ‘Top 5 UMNO’ jaga imej, reputasi dalam PAU – Puad

Mesti Baca

Lima pemimpin tertinggi UMNO (Top 5 UMNO) perlu berhati-hati menjaga imej dan reputasi masing-masing wajar dijadikan usul pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) yang akan bermula esok.

Cadangan itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memandangkan imej dan reputasi mereka adalah juga merupakan imej dan reputasi parti.

Pada masa yang sama beliau menggesa Top 5 UMNO agar turun sendiri ke bawah bagi mengembalikan keyakinan dan sokongan orang Melayu kepada UMNO.

“Imej dan reputasi pemimpin Top 5 UMNO secara langsung jadi imej dan reputasi UMNO keseluruhannya.

“Bila orang Melayu yakin pada pemimpin Top 5 UMNO imej parti kembali pulih. Justeru Top 5 UMNO mesti berhati-hati jaga imej dan reputasi UMNO. Ia wajar jadi usul di PAU 2024,” katanya hari ini.

Top 5 UMNO yang dimaksudkan ialah Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Advertisements

Sementara itu Mohd Puad berkata, UMNO berhak untuk meraikan kemenangan parti itu di Nenggiri ketika PAU yang bermula Rabu ini.

Katanya, ia merupakan hadiah paling mahal yang diberikan oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abd Ghani dan UMNO Kelantan kepada PAU 2024.

“Dewan Merdeka (Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) pasti gegak-gempita meraikannya. Ucapan dasar Presiden dijangka tertumpu kepada pemulihan keyakinan rakyat pada UMNO ekoran kejayaan di Nenggiri. DUN Mahkota medan kedua.

Katanya, sebelum ini reputasi UMNO terjejas teruk kerana tomahan oleh bekas-bekas pemimpin UMNO terdahulu kepada pemimpin UMNO hari ini.

“Sudah tentu rakyat mudah percaya. Ia beri kesan buruk terhadap UMNO pada PRU-14 dan PRU-15. Kini ia reda dan mula ditolak bila banyak fitnah terdedah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan