25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Vesel laut dalam diwajibkan pasang sistem kod QR mulai 2026

Mesti Baca

SEMUA nelayan laut dalam (Zon C2) akan diwajibkan memasang Sistem Identifikasi Vesel (SIV) dan pelaksanaan kod QR pada vesel masing-masing mulai 2026 sebelum diaplikasi kepada seluruh Zon C.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, sistem itu telah terbukti berjaya mengesan ketulenan vesel tempatan sekali gus mengelak pencerobohan nelayan asing.

Beliau berkata, pada masa kini sebanyak 301 daripada 500 daripada vesel nelayan C2 di beberapa negeri telah dipasang dengan sistem tersebut dan kini dipantau oleh jabatan tersebut.

Menurutnya, pemantauan dibuat oleh Jabatan Perikanan dan agensi penguatkuasaan melalui aplikasi SIV yang diintegrasi dengan sistem jabatan sedia ada iaitu Malaysian Fishing Vessel Record (MFVR) dan e-Lesen yang boleh membantu menentukan ketulenan vesel tempatan yang dilesenkan
oleh DOF.

“Pelaksanaan teknologi inovatif ini diharapkan dapat mempertingkat pengurusan sumber perikanan negara melalui pemantauan vesel penangkapan ikan tempatan seluruh Malaysia,” katanya.

ADNAN HUSSAIN

Beliau berkata demikian semasa melancarkan SIV sempena majlis perundingan industro perikanan tangkapan laut dalam (Zon C) peringkat kebangsaan di Kuantan, Pahang hari ini.

SIV melalui teknologi imbasan kod QR itu dibangunkan oleh Jabatan Perikanan sejak tahun 2020 dengan kos sebanyak RM602,500 bagi menentukan ketulenan vesel tempatan.

Advertisements

Sistem tersebut kini diperluaskan dengan penambahan dari segi ketahanan dan reka bentuk keselamatam yang tahan lasak terhadap perubahan cuaca serta persekitaran marin.

Plat Kod QR versi 2.0 itu telah dinaik taraf dan diuji ketahanan di makmal Jabatan Bioproses & Teknologi Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Adnan berkata, pelancaran SIV dapat membantu Jabatan Perikanan membanteras perikanan haram, tidak dilapor dan tidak dibenarkan di Malaysia.

Katanya, dengan adanya SIV, isu pengklonan vesel tempatan dan ketirisan sumber perikanan ke negara jiran dapat dibendung.

“Ini terbukti melalui kes tangkapan yang berlaku pada bulan Januari tahun 2022 lalu di negara Thailand melibatkan lima buah vesel tempatan yang ditahan oleh penguat kuasa di negara tersebut.

“Di mana pengecaman empat buah vesel penangkapan ikan tempatan tersebut telah dikenal pasti oleh Jabatan Perikanan dan disahkan melalui plat Kod QR yang dipasang ke atas vesel tersebut,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan