31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024

Bakat baharu dalam Bersatu tersekat dik ‘pelompat transit’

Mesti Baca

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal mengambil alih peranan UMNO kerana parti itu dipenuhi para pelompat yang mencari tempat transit untuk kembali berkuasa.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, atas sebab itu bakat-bakat baharu tersekat di dalam Bersatu kerana parti itu didominasi oleh para pelompat parti tersebut.

Atas sebab itu juga, kata beliau, Bersatu tidak cukup anak lelaki untuk diketengahkan sehingga terpaksa meminjam lelaki daripada Pas untuk menjadi calon di Nenggiri.

“Kelemahan utama Bersatu ialah parti itu tidak memiliki kekuatan sendiri. Ia banyak bergantung kepada Pas. Itu sebab Bersatu gagal mengambil alih peranan UMNO.

“Parti itu didominasi oleh pelompat transit. Mereka jadikan Bersatu pusat transit untuk kembali berkuasa. Maka talent (bakat) baharu tersekat kerana dominasi pelompat transit ini.

Advertisements

“Itu punca Bersatu tidak cukup anak lelaki sampai pinjam lelaki Pas untuk jadi calon. Nenggiri buka pekung Bersatu. Jalan terbaik ialah kembali kepada UMNO atau sertai Pas. Ikut (Tan Sri) Annuar Musa.

“Tinggalkanlah Bersatu. Kuasa tidak ada, peranan pun tidak ada. Laki-laki makin pupus,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Perikatan Nasional (PN) meletakkan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang, Rizwadi Ismail sebagai calon di kerusi milik Bersatu itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilapor sebagai berkata, pencalonan Rizwadi itu umpama “kakak menolong adik”.

Justeru, katanya, ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana tindakan Rizwadi keluar Pas direstui pucuk pimpinan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Antara ekonomi gig, minat belajar dan pendidikan tinggi

Oleh NIK AMALENA NAJEBAH NIK AZMAN PADA masa kini, ekonomi gig telah berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh...

Lagi Artikel Berkaitan