Monday, June 15, 2026

Penyewa jadikan premis MARA stor berdepan tindakan mahkamah

Mesti Baca

PENYEWA yang menjadikan premis MARA sebagai stor atau tidak menjalankan perniagaan bakal diambil tindakan mahkamah.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan untuk berlaku adil kepada ramai pemohon dari kalangan usahawan bumiputera yang tulen dan benar-benar mahu berniaga di premis MARA.

Bagaimanapun, kata beliau, usaha mereka dinafikan oleh segelintir penyewa yang mengambil kesempatan ke atas sewaab murah yang diberikan oleh MARA.

“Ramai ambil kesempatan sewa murah, jadikan premis MARA tempat stor atau tidak buka hingga menjadikan bazar, arked dan premis MARA lain menjadi lesu.

“Cukup tuga bulan notis keluar, tindakan mahkamah menyusul,” tegas beliau menerusi Facebooknya.

Menurut Asyraf, tiga bulan lalu beliau telah memberi dan telah mengarahkan pihak pengurusan agar mengeluarkan notis kepada semua penyewa yang melanggar syarat-syarat.

“Alhamdulillah nampak ada perubahan drastik. Masalahnya ada ramai juga yang degil dan tidak mengendahkan tynotis tersebut.

“Justeru MARA tiada pilihan untuk mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan perintah pengosongan dan saman,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan