26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 25, 2024

Kapal karam di Tanjung Rhu: 10 kru berjaya diselamatkan

Mesti Baca

SERAMAI 10 kru termasuk kapten kapal MV KUM JIN terselamat selepas kapal berkenaan karam di kedudukan 2.1 batu nautika barat Tanjung Rhu, Sepang, Selangor pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 3.35 pagi, 10 kru termasuk kapten kapal sedang berusaha untuk berpindah ke bot keselamatan berikutan kebocoran yang tidak dapat diatasi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, maklumat berhubung kapal karam itu diterima melalui panggilan daripada VTMS Klang kepada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru.

“Mereka memaklumkan sebuah kapal MV KUM JIN telah mengalami kebocoran di bahagian hadapan ballast tank sebelah kiri yang agak teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Muhaimin berkata, Bot Perkasa 36 Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi walaupun dalam cuaca buruk.

Advertisements
10 kru kapal MV KUM JIM yang diselamatkan Maritim Malaysia.

Katanya, setiba di lokasi, pasukan bot ronda Maritim Malaysia mendapati, kapal MV KUM JIN dalam keadaan tidak stabil dan kesemua kru dan kapten kapal sedang berusaha untuk berpindah ke bot keselamatan.

“Anggota Maritim Malaysia telah membantu memindahkan kesemua kru termasuk kapten ke atas Bot Perkasa 36, sebelum dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Hasil pemeriksaan ke atas dokumen pengenalan diri, kapten kapal merupakan seorang warga Indonesia berusia 53 tahun.

Manakala kru kapal lain merupakan warga Indonesia dan Myanmar berusia 19 hingga 50 tahun, mempunyai dokumen pengenalan diri serta permit yang sah.

Maritim Malaysia ingin menasihati orang ramai terutamanya komuniti maritim agar sentiasa cakna dengan perubahan cuaca dan aspek keselamatan di laut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Polis kesan sindiket penipuan beli barang terpakai palsu

POLIS sedang mengesan satu sindiket penipuan pembelian barangan terpakai menggunakan kaedah 'phishing' yang setakat ini menyebabkan kerugian lebih RM243,000. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan