Friday, July 24, 2026

Negara sedang berdepan ‘The Politics of Emotions’ – Zambry

Mesti Baca

SUASANA politik hari ini amat berbeza yang mana negara sedang berdepan dengan keadaan politik berasaskan emosi atau The Politics of Emotions.

Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Zambry Abd Kadir berkata, ini dapat dilihat apabila rakyat memberi respon politik berdasarkan naratif yang dicipta.

Beliau berkata, meteka kemudian membuat penilaian semasa yang dimainkan yang menyentuh sensitiviti mereka sama ada dari sudut agama dan bangsa.

Sebagai contoh, katanya, meskipun Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah negara yang paling lantang berjuang untuk pembelaan nasib rakyat Palestin.

Bagaimanapun, jelasnya, perkara itu ditenggelamkan oleh isu pengambilalihan 30 peratus saham Malaysian Airlines Holdings Berhad (MAHB) oleh GIP yang bakal dimiliki sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Israel, iaitu Blackrock.

“Dan inilah yang menjadi cabaran kepada kerajaan semasa,” kata Zambry yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian itu malam tadi.

Initipati ucapan beliau dikongsi menerusi Facebooknya hari ini.

Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggu berkata, kerajaan menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dengan penuh muhasabah diri.

Beliau berkata, walaupun bukan UMNO yang bertanding namun calonnya, Dr Joohari Ariffin adalah parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita yang berada dalam Kerajaan Perpaduan untuk meneliti dan mengkaji sebab penolakan di Sungai Bakap,” katanya.

Beliau berkata, UMNO sedar sokongan kepada parti itu masih lemah dan memerlukan rejuvinasi dan perubahan.

Katanya, UMNO juga sedar parti itu perlu melakukan sesuatu yang drastik lebih-lebih lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 tidak lama lagi.

“UMNO Lumut mengambil tanggungjawab ini untuk mula bertindak dan berganjak melakukan perubahan.

“Walau apapun yang jadi, UMNO tetap akan meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan ibu pertiwi,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan