30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 16, 2024

Atlet cemerlang di AUG bakal terima insentif tambahan

Mesti Baca

PARA atlet institusi pendidikan tinggi (IPT) negara yang cemerlang di kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) Ke-21 bakal menerima insentif tambahan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berikutan kejayaan kontinjen negara melepasi sasaran 35 pingat emas dalam kejohanan yang berlangsung di Surabaya dan Malang, Indonesia itu.

Di bawah insentif itu, para atlet yang merangkul pingat emas akan mendapat RM3,000 manakala pemenang perak RM2,000 dan gangsa sebanyak RM1,500.

Dalam kejohanan yang berlangsung dari 25 Jun sehingga semalam, Malaysia menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan mengumpul 38 emas, 45 perak dan 60 gangsa.

Advertisements

“Pastinya, pencapaian membanggakan ini adalah hasil usaha gigih kontinjen negara yang terdiri daripada 263 atlet dan 119 pegawai dengan 18 acara disertai kontinjen negara yang berentap bersama 11 buah negara ASEAN lain,” kata KPT dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, KPT berkata, pihaknya komited untuk menjayakan AUG ke-22 yang mana Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah penganjuran pada 2026.

Katanya, penganjuran sukan itu diyakini dapat terus melahirkan bakat terbaik sukan negara sekaligus melakar nama negara di persada antarabangsa.

“Sesungguhnya, KPT turut komited bersama agensi serta badan sukan lain dalam usaha membangunkan bakat sukan yang berprestasi tinggi dan mampu bersaing secara kompetitif di arena antarabangsa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Penjawat awam ditahan buat buat komen jelik 3R di Tiktok

SEORANG penjawat awam ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung komen jelik melibatkan 3R (agama, bangsa dan raja) yang...

Lagi Artikel Berkaitan