26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 25, 2024

Lebih 300 hadiri dialog PKS ke arah ESG anjuran SME Corp

Mesti Baca

SME Corp. Malaysia, di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menerajui program Dialog Dasar dan Bengkel PKS ASEAN Hong Kong, China (AHKC) Ke Arah ESG 2024.

Lebih 300 peserta terdiri para PKS tempatan, negara-negara ASEAN serta Hong Kong dan China menghadiri program tersebut.

Acara tersebut berfungsi sebagai platform pertukaran ilmu dan maklumat, meningkatkan kesedaran tentang amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG), serta berkongsi amalan terbaik mengenai kelestarian dalam kalangan negara ASEAN.

Majlis pembukaannya bertepatan dengan sambutan Hari MSME Antarabangsa 2024 dan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bertemakan “Memperkasakan Kelestarian PKS.”

Antara peserta yang hadir terdiri daripada pegawai kerajaan, pakar ESG, pemilik PKS, wakil institusi kewangan, dan akademia.

Acara tersebut bertujuan mendidik peserta tentang kepentingan amalan ESG, pembangunan strategi ESG, serta pengukuran dan pemantauan prestasi ESG.

Sesi dialog menumpukan pada pembangunan cadangan dasar untuk menggalakkan penerimaan amalan ESG dalam kalangan PKS, berkongsi kisah PKS yang merintis perjalanan ESG, dan menonjolkan usaha kerajaan serta agensi berkaitan di rantau ini.

Antara ahli panel yang mengambil bahagian dalam dialog.

Penceramah terkemuka memberikan pandangan tentang amalan terbaik, cabaran, dan cadangan dalam sesi perkongsian.

Dalam ucaptama beliau, Ewon Benedick berkata, “ASEAN komited untuk mempromosikan kelestarian di rantau ini melalui pelbagai inisiatif.

Katanya, bagi Malaysia, menggalakkan PKS mengamalkan amalan ESG adalah satu langkah ke arah memperkukuhkan komitmen kami terhadap Agenda 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pembangunan Mampan selain Perjanjian Paris di bawah Rangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).

Advertisements

“Mempercepatkan penerimaan ESG juga merupakan antara inisiatif yang dirancang di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025,”katanya.

Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok mengulangi sentimen ini dalam ucapan alu-aluannya, menekankan dedikasi organisasi untuk pertumbuhan dan pembangunan PKS yang berdaya tahan, dengan ESG sebagai fokus utama.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rizal Nainy pula berkongsi, “Kebersediaan dengan ESG adalah kelebihan besar untuk PKS mengakses pasaran tempatan dan global.

Oleh itu, SME Corp. Malaysia telah melancarkan Panduan Pantas ESG untuk MSME bagi memudahkan penerimaan amalan ESG, yang boleh dimuat turun secara percuma setelah mengambil penilaian ESG di laman web kami.

SME Corp. Malaysia juga mengiktiraf MSME yang aktif mengintegrasikan amalan ESG dengan anugerah khas baru di bawah Program Enterprise 50 tahun ini, iaitu Anugerah E50 Terbaik untuk Amalan ESG.

Acara ini juga menampilkan sesi bengkel yang memberikan pengetahuan praktikal dalam membangunkan rancangan kelestarian perniagaan dan membimbing peserta dalam penyediaan laporan ESG.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan peserta mengenai amalan ESG dan menggalakkan mereka untuk memulakan perjalanan ESG mereka.

Antara yang turut hadir dalam majlis pembukaan Dialog Dasar dan Bengkel SMEs AHKC Ke Arah ESG 2024 termasuk Ketua Setiausaha MECD, Datuk Seri Suriani Ahmad dan Pengarah Besar Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jakarta,Libera Cheng Ching-mon.

Acara ini disokong oleh Program Kerja Kerjasama Ekonomi dan Teknikal Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN – Hong Kong, China (AHKCFTA ECOTECH). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Polis kesan sindiket penipuan beli barang terpakai palsu

POLIS sedang mengesan satu sindiket penipuan pembelian barangan terpakai menggunakan kaedah 'phishing' yang setakat ini menyebabkan kerugian lebih RM243,000. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan