27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Video lelaki tanya kuarters kena tahan hanya simulasi – JPA

Mesti Baca

RAKAMAN video seorang lelaki ditahan di hadapan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Zuki Ali kerana bertanyakan tentang kuarters hanyalah simulasi, kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.

Menurut JPA, video berdurasi 1:10 minit yang tular menerusi media sosial itu merupakan video lama dan merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif.

Sehubungan itu, JPA berkata, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap penularan video lama tersebut yang dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan.

“Video lama tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif telah berlangsung di auditorium yang dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan.

“Susulan itu, JPA mengambil serius terhadap sebarang cubaan untuk melemahkan institusi perkhidmatan awam dengan memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap isu dan kebajikan pegawai awam di negara ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements
Tangkap layar rakaman video simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan menghadapi pengganas.

JPA juga menyeru orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang dikongsikan bagi tujuan mencalarkan imej kerajaan.

Katanya, perkhidmatan awam sebagai barisan hadapan negara, dengan sentiasa mengamalkan The G.R.E.A.T Civil Service dan H.E.M.A.T dalam sebarang tindakan yang mencerminkan kerajaan.

“Tindakan dengan memuat naik sebarang kandungan palsu yang mengundang salah faham dan mengelirukan masyarakat boleh disabitkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Seksyen 233 kepada yang terlibat,” katanya.

Difahamkan video tersebut dirakam 10 tahun lalu dan kembali ditularkan beberapa hari lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan