27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Malaysia kutuk serangan udara Israel korbankan keluarga Haniyeh

Mesti Baca

MALAYSIA menzahirkan kecaman dan kutukan sekeras-kerasnya ke atas rejim biadab Zionis Israel yang berterusan melakukan genosid kebencian ke atas warga Palestin termasuk serangan udara yang mengorbankan ahli keluarga pimpinan kanan Hamas, Ismail Haniyeh semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan jijik rejim Zionis itu membuktikan mereka tidak punyai keinginan melakukan gencatan senjata sepertimana dituntut Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tempoh hariz

Bahkan kata Perdana Menteri, zionis Israel juga tidak tunduk dan patuh kepada prinsip hukum dan undang-undang antarabangsa.

“Serangan kurang ajar oleh rejim pengecut Zionis Israel ini hanya melenyapkan sebarang harapan ke arah penyelesaian secara aman dengan prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia terus diinjak tanpa noktah.

“Malaysia sekali lagi mendesak keras komuniti antarabangsa untuk bertindak tegas dan mempertanggungjawabkan rejim Zionis Israel atas kezaliman ini dan mesti bekerja untuk menjelmakan keamanan buat rakyat Palestin yang telah secara konsisten dinafikan sejak 75 tahun lampau,” katanya.

Tiga anak Ismail Haniyeh yang disahkan terbunuh dalam serangan udara zionis Israel Gaza.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Ismail hari ini bagi menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas kematian tiga anak lelaki dan tiga cucunya dalam serangan udara zionis Israel ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.

Advertisements

Ismail kepada Al Jazeera berkata, tiga anak lelaki beliau yang terkorban ialah Hazen Haniyeh, Amir Haniyeh dan Muhammad Haniyeh.

Manakala tiga cucunya yang turut terbunuh ialah Amal, anak kepada Hazem serta Khaled dan Razan, anak Amir.

Beliau memberitahu, kesemua mangsa terkorban ketika menaiki kereta untuk melawat saudara mara mereka di kem pelarian Al-Shati di utara Gaza, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Anwar berkata, beliau mewakili seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi dan semangat kebersamaan yang tinggi bersama keluarga Ismail serta seluruh rakyat Palestin yang telah kehilangan keluarga tersayang.

“Kehilangan nyawa insan yang tidak berdosa, terutamanya kanak-kanak dalam suasana cukup tragik ini adalah amat sukar diterima oleh mana-mana manusia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan