26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Dua beregu lelaki bertemu di separuh akhir Badminton Asia

Mesti Baca

DUA beregu lelaki negara bakal bertemu sesama sendiri di peringkat separuh akhir esok sekali gus bakal menempah satu slot di final pada Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China.

Ini berikutan kejayaan beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pasangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani cemerlang menumpaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir hari ini.

Aaron-Wooi Yik berjaya menundukkan beregu tuan rumah yang juga pilihan ketujuh kejohanan, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dengan straight-set 21-14, 21-15 di Pusat Sukan Olimpik Ningbo itu.

Sementara itu Sze Fei-Nur Izzuddin yang mendapat kemenangan percuma di peringkat 16 semalam, memberi tentang hebat kepada pasangan no 10 dunia dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Yin sebelum menang 21-19, 19-21 dan 21-19.

Advertisements

Pada pertemuan kali keempat mereka itu menyaksikan kedua-dua pasangan saling berkejaran mata dari awal permainan sehingga ke mata penamat di ketiga-tiga set.

Sementara itu, harapan untuk menyaksikan perseorangan utama negara, Lee Zii Jia meneruskan rentaknya tidak kesampaian apabila longlai di tangan pemain Indonesia, Jonatan Christie 21-11, 21-6.

Kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan Zii Jia banyak menghukum pemain profesional negara itu sekali gus membuka peluang Jonatan menyamakan rekod pertemuan kedua-dua pemain dengan masing-masing lima kemenangan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan