26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Pembelaan Zahid terhadap Najib tulus sejati, tidak pernah dijaja

Mesti Baca

PEMBELAAN Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tulus dan sejati serta tidak pernah dijaja.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, sepanjang mengenali Zahid, Timbalan Perdana Menteri itu tidak ada ruang perundangan mahupun rundingan yang dilepaskan demi membela Najib.

“Walaupun ada yang cuba merekayasa kononnya Zahid tak berbuat apa. Walaupun ada yang cuba mengangguk di air keroh kononnya mereka menjadi pembela Bossku, hakikatnya jasad yg berada di sebalik tirai besi itu tahu sahabatnya tidak pernah kenal erti jemu dalam mencari usaha mendapatkan pembelaan buat dirinya.

“Cukup untuk saya menyebut sebagai orang yang sering menjadi perantara dan sebagai seorang yang amat rapat dengan Najib serta keluarganya, tidak ada satu ruang perundangan mahupun rundingan yang dilepaskan oleh Zahid untuk membela nasib Bossku,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Megat Zulkarnain yang juga Setiausaha Politik Zahid berkata, kemuncaknya adalah agenda pengampunan Najib yang diangkat ke Lembaga Pengampunan.

Ahmad Zahid Hamidi menurunkan tandatangan pada afidavit permohonan Najib disaksikan oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

“Apakah pengampunan ini tiba-tiba dibawa dalam agenda tanpa sebarang usaha rundingan atau langkah langkah politik yang dibuat?

“Sudah tentu usaha-usaha ini bukan bertujuan untuk dijaja atau dijadikan drama. Kerana bagi Zahid setiap langkah yang diambil adalah atas keikhlasan dan kesetiaan,” katanya.

Advertisements

Mengenai titah abendum, Megat Zulkarnain yang juga Ketua UMNO Bahagian Gombak berkata, beliau menyaksikan sendiri Zahid menurunkan tandatangannya di atas afidavit untuk menyokong petisyen Najib berhubung titah oleh Yang di-Pertuan Aging Ke-16 mengenai tahanan rumah.

Katanya, Zahid menandatangani afidavit itu kurang dari 24 jam beliau kembali ke tanah air daripada menunaikan umrah iaitu pada 9 April lalu.

“Dengan menandatangani affidavit menyokong petisyen Najib, saya kira inilah kemuncak usaha Zahid demi sahabatnya. Mungkin ada suara sumbang yang mengatakan jika telah mengetahui wujudnya titah addendum pada 30 Januari lalu kenapa Zahid berdiam diri?

“Walaupun ada yang bangkit di Parlimen meminta penjelasan benarkah wujudnya titah adendum, ia bukan bahan politik untuk meraih populariti. Ini bukan drama. Ini juga bukan cerpen yang boleh direka mengikut selera penulisnya. Sebaliknya ia menyangkut soal perundangan negara,” katanya.

Semalam, Zahid dikatakan telah mengeluarkan satu afidavit yang menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum tersebut.

Zahid dilapor berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 30 Januari lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan