31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kelayakan Piala Dunia: Malaysia akur kepada Oman

Mesti Baca

MALAYSIA terpaksa akur dengan kekalahan kepada Oman 2-0 dalam saingan ketiga Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat awal pagi ini (waktu Malaysia).

Jaringan Issam Al-Sabhi dan Muhsen Al-Ghassani cukup untuk mengecewakan Harimau Malaya yang berkunjung ke Muscat dalam misi memburu mata berharga.

Ketiadaan beberapa tonggak utama skuad kebangsaan menyaksikan Kim Pan-gon berusaha menggarap barisan terbaik dengan menggunakan formasi mirip aksi di pentas Piala Asia, tiga pertahanan tengah sementara bahagian sayap pasukan kekal menjadi milik Faisal Halim serta Arif Aiman Hanapi.

Tuan rumah turun dengan sasaran untuk memastikan permainan yang bersifat positif apabila menurunkan empat pemain yang memiliki kualiti sentuhan penyudah berbisa, antaranya, Issam Al Sabhi, Omer Al Malki, Muhsen Al Ghassani, Abdul Aziz Al Shamousi serta Salaah Al Yahyaei.

Selepas separuh masa pertama yang berakhir tanpa sebarang jaringan, Issam Al-Sabhi berjaya memastikan tuan rumah di hadapan pada minit ke-58.

Malaysia hampir berjaya menyamakan kedudukan menerusi Corbin Ong namun tandukannya sekadar singgah di palang gol.

Advertisements

Romel Morales turut berjaya mengatasi penjaga gol untuk mendapatkan jaringan namun dibatalkan kerana berada dalam kedudukan offsaid.

Pertukaran pemain yang dilakukan sememangnya mengubah corak permainan yang menyaksikan Oman yang bertahan sementara Malaysia cuba mencari peluang mendapatkan gol penyamaan.

Bagaimanapun, segalanya seakan sudah tertutup apabila Oman mendapatkan jaringan kedua ketika perlawanan berbaki tiga minit waktu permainan menerusi Muhsen Al-Ghassani.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia jatuh ke tangga ketiga berkongsi mata dengan Oman dan Kyrgyzstan tetapi berpisah dengan perbezaan jaringan.

Malaysia masih lagi berpeluang untuk menebus kekalahan apabila kedua-dua pasukan bakal bertemu sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil 26 Mac ini dalam perlawanan keempat mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan