31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

21 penyelam diguna cari kotak hitam helikopter AW139

Mesti Baca

SERAMAI 21 penyelam penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terlibat dalam fasa kedua pencarian kotak hitam helikopter AW139 milik agensi itu yang telah melakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa pada 5 Mac lalu.

Menurut kenyataan Maritim Malaysia, pencarian kali ini memfokuskan keluasan lokasi kotak hitam berkenaan antara 50 sehingga 100 meter radius berpandukan signal daripada pinger.

Agensi itu berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kotak hitam berkenaan dipercayai berada di sekitar 700 hingga 800 meter dari kawasan pendaratan cemas helikopter tersebut.

“Mengikut laporan yang diterima, para penyelam berhadapan kesukaran untuk mencari kotak hitam berkenaan akibat keadaan arus deras di dasar laut selain jarak penglihatan di dalam air yang terhad akibat dasar laut yang berlumpur.

“Walau bagaimanapun pihak Maritim Malaysia positif akan menjumpai kotak hitam berkenaan dalam masa terdekat berdasarkan kedudukan terkini kotak tersebut dikesan,” kata kenyataan itu hari ini.

Selain penyelam penyelamat Maritim Malaysia, katanya, misi pencarian ini turut melibatkan kru sonar PHN TLDM, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan pihak penyedia perkhidmatan pesawat Maritim Malaysia iaitu Galaxy (M) Sdn Bhd.

Advertisements
Empat kru Maritim Malaysia diselamatkan selepas helikopter dinaiki melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa pada 5 Mac lalu. – Foto: APMM

Fasa pertama pencarian kotak hitam pesawat berkenaan telah dilaksanakan bermula 6 Mac hingga 24 Mac lalu dengan lokasi tumpuan adalah di sekitar 1 kilometer radius di kawasan helikopter terbabit melakukan pendaratan cemas.

Pada 5 Mac lalu, helikopter AW l139 dengan pendaftaran pesawat M72-01 milik Maritim Malaysia melakukan pendaratan cemas di dalam laut di Perairan Pulau Angsa, Selangor pada kira-kira pukul 9.55 pagi.

Laksamana (M) Datuk Hamid Mohd Amin berkata, maklumat awal diterima menerusi panggilan MERS 999 oleh pemancing yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Beliau berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya pada pukul 10.15 pagi.

Katanya, pesawat yang mendarat cemas diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi.

Turut berada di dalam helikopter berkenaan ialah seorang kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan