27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Sultan Ibrahim mulakan tugas pertama sebagai Agong Ke-17

Mesti Baca

SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memulakan tugas pertama Baginda dengan berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, hari ini.

Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, semalam.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada Oktober lalu bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Advertisements

Sultan Ibrahim menggantikan adinda ipar Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Januari.

Sementara itu, Anwar menzahirkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas perkenan menerima beliau menghadap hari ini.

Beliau menjelaskan, dalam sesi menghadap tersebut beberapa perkara telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda.

Antaranya terkait perkembangan terkini negara serta isu-isu melibatkan rakyat keseluruhannya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan