26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Forum Malaysia-Brunei rapatkan hubungan akademik dua negara

Mesti Baca

FORUM Malaysia-Brunei (MBF) 2023 anjuran Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam (UBD) diharap dapat merapatkan hubungan akademik dua negara.

Dekan (Penyelidikan) Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Madya Dr. Helena Muhamad Varkkey berkata, perbincangan dalam forum tersebut juga diharapkan dapat meluaskan idea dan inovasi yang bersifat transformatif dan informatif seterusnya menjadi platfom kolaboratif dalam perkongsian di antara dua buah negara.

Menurut beliau, selain itu ia juga dapat mengemukakan pandangan dan cadangan bagi kedua-dua negara berhadapan dengan cabaran serta rintangan di negara-negara Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Brunei.

“Forum yang julung kali diadakan ini bertujuan memberikan peluang kepada ahli akademik yang terdiri daripada para pensyarah, para penyelidik dan para pelajar pascasiswazah di peringkat Sarjana dan PhD membentangkan hasil penyelidikan mereka.

“Ia diharapkan menjadi aspirasi kepada ahli akademik dan pelajar pascasiswazah untuk saling bertukar pandangan, berkongsi kepakaran, pengalaman dalam pengajaran dan penyelidikan,” katanya dalam forum tersebut.

Advertisements

Seramai 43 ahli akademik yang merangkumi pensyarah, penyelidik dan pelajar pascasiswazah UM dan UBD telah menyertai forum tersebut yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UBD, Dr. Kathrina Mohd Daud.

Forum tersebut merupakankerjasama antarabangsa kelima antara UM dan UBD yang mengemukakan tema utama Resilience and Transformation: Navigating Contemporary Challenges in Southeast Asia.

Manakala sub-tema forum merangkumi budaya, masyarakat, tamadun, ekonomi, politik dan pengantarabangsaan, pembangunan lestari dan kesejahteraan sosial,
media, komunikasi dan inovasi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan