34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Sah bergelar isteri, Amylea cipta lagu buat suami

Mesti Baca

PENYANYI dan komposer, Amylea Azizan, 37, selamat bergelar isteri kepada pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad, 40, dengan sekali lafaz pada tarikh yang dirahsiakan.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-3 itu dinikahkan oleh wali hakim di majlis pernikahan yang berlangsung di rumah keluarga yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

Dalam majlis yang tertutup dan sederhana Amylea menerima mas kahwin senaskhah al-Quran dan telekung serta hantaran bernilai RM8,888. Angka  itu dipilih sebagai lambang cinta infiniti dua pasangan sejoli itu.

Kedua-dua mempelai tampil memakai dua busana rekaan pereka fesyen terkenal, Teruntum Putih Redzuan Alias.  

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Majlis resepsi bakal berlangsung pada 27 Januari tahun depan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kendati itu menzahirkan rasa syukur dirinya sudah pun bergelar isteri tanpa disangka kerana perkenalannya dengan Aqbar atau lebih dikenali sebagai Ash begitu singkat.

“Ternyata Allah itu maha berkuasa. Dalam fikiran saya yang tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, tup-tup, saya kini sudah bergelar isteri.

“Alhamdulillah perkenalan saya dengan Ash melalui media sosial sejak beberapa  bulan lalu. Bila sudah selesa berkawan, Ash terus melamar saya.

“Selepas  mengamalkan beberapa doa dan solat istikharah, ada petanda baik yang berlaku. Kemudian dia terus berjumpa dengan keluarga saya. Alhamdulillah, saya tak pernah setenang ini sejak Ash hadir dalam hidup saya,” katanya.

Advertisements

Ash pula menyifatkan Amylea seorang wanita yang bijak dan serba serbi tahu mengenai segala perkara, membuatkan dirinya tertarik pada penyanyi itu.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini mereka terpaksa melalui kehidupan jarak jauh kerana tugasannya sebagai pegawai Bomba di Singapura.

“Mujur Amylea faham dengan situasi ini dan kami sedang mencari jalan macam mana nak duduk sekali.

“Perkara ini berlaku terlalu pantas. Saya jugak tidak sangka perkenalan singkat kami ini diakhiri dengan penyatuan cinta yang indah. Tengoklah macam mana nanti, kami ‘just go with the flow’,” katanya.

Sementara itu, bersempena dengan perkahwinan mereka, Amylea turut tampil dengan single lagu terbaharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran, didedikasikan khas buat suaminya.

Amylea berkata, lagu itu dicipta sebagai tanda cinta mereka yang akan kekal hingga akhir hayat dan dapat didengari oleh anak cucu mereka satu hari nanti.

“Lagu ini berkisarkan kedegilan hati saya yang merasakan hidup ini seperti sudah berakhir. Panji Putih itu diibaratkan seperti saya mengalah (bendera putih). Pangeran pula sebagai tanda Ash sebagai orang barisan hadapan yang kerjanya saya hormat dan pandang tinggi.

“Ash meminati perkara-perkara tradisional dan saya gabungkan citarasa saya dan dia dengan menghasilkan lagu ini dalam genre keroncong moden,” katanya.

Panji Putih Buat Pangeran akan dilancarkan pada penghujung Disember nanti dan  peminat boleh mula mendengar ‘teaser’ di media sosial Amylea. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan