28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Filipina dahului senarai pemenang Anugerah ACES2023

Mesti Baca

BERMULA sejak sembilan tahun lalu, Anugerah Asia Corporate Excellence and Sustainability (ACES) terus merangsang ketelusan dalam kepimpinan dan laporan kelestarian.

Memasuki usia 10 tahun penubuhannya, anugerah ACES 2023 memperbaharui komitmennya untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin yang membawa perubahan positif kepada industri dan pekerja dalam organisasi masing-masing, termasuklah memberi pengiktirafan kepada syarikat yang mencapai kejayaan dalam usaha kelestarian dan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

Dalam sedekad ini, ACES menerima bilangan penama paling ramai berjumlah 580 di kalangan perniagaan di Asia yang mengharapkan kemenangan pada anugerah ini.

Daripada 580 penama, 52 industri adalah dari 15 negara, satu-satunya bukti kejayaan ACES.

Selepas melalui proses penilaian yang teliti, 82 pemenang dalam 21 kategori dipilih daripada Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Laos, Mongolia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Vietnam.

Mendahului senarai pemenang ialah Filipina dengan 23 pemenang, diikuti Malaysia dengan 15 pemenang.

Antara yang memenangi anugerah ACES ialah Somphote Ahunai, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Energy Absolute Public Company Limited untuk kategori Usahawan Paling Cemerlang, Nisa Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif SEDANIA As Salam Capital Sdn Bhd sebagai Usahawan Wanita Paling Cemerlang dan Hoe Kian Choon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd sebagai Usahawan Muda Paling Cemerlang. Ayala Corporations dipilih sebagai Syarikat Paling Mampan Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Anugerah ACES dan Majlis ACES, Shanggari B berkata, beliau percaya jangka hayat Anugerah ACES adalah bukti bahawa terdapat pemimpin korporat yang menyedari perubahan yang perlu dilakukan terhadap cara perniagaan perlu diurus tadbir dan dijalankan. 

“Terdapat kepercayaan yang semakin meningkat dalam sektor korporat bahawa kuasa akan disusuli tanggungjawab.

Advertisements

“Tidak cukup bagi perniagaan untuk meraih keuntungan. Pemimpin perniagaan kini sedar bahawa mereka dinilai bukan sahaja berdasarkan jenama mereka tetapi juga oleh pengguna produk dan perkhidmatan mereka.

“Dengan kesedaran pengguna yang semakin meningkat, pembelian kini berdasarkan penilaian pengguna yang menggunakan jenama terbabit, dan bagaimana beliau menguruskan pekerja mereka, serta cara beliau mendapatkan bahan mentah dan mengeluarkan produk.

“Kami hidup dalam era ketelusan, dan Anugerah ACES adalah salah satu penilai ketelusan terbaik,” katanya.

Beliau berkata, pemenang Anugerah ACES secara kolektif meraih pelbagai hasil yakni hasil kewangan daripada perniagaan mampan.

“Komitmen mereka terhadap prinsip ESG telah mengurangkan penghasilan sisa dan pengeluaran karbon serta peningkatan dalam penggunaan sumber kitar semula.

“Pemenang ACES telah mendatangkan perubahan transformatif untuk lebih 52 industri dan menyediakan pekerjaan bagi lebih satu juta individu.

“Kami sudah bertapak selama sepuluh tahun dan telah memantau untuk sepuluh tahun ini. Bukti kami tidak boleh disangsi apabila kepimpinan cemerlang dan inisiatif kelestarian berhasil.

“Matlamat kami untuk 10 tahun akan datang adalah terus menyebarkan mesej ini dengan bantuan bekas pemenang, Institut ACES dan Sidang Kemuncak ACES yang akan datang,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan