27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

APAD gantung lesen syarikat pengendali treler 

Mesti Baca

AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggantung lesen syarikat pengendali treler yang terbabit dalam kemalangan maut 20 September lalu di Putrajaya kerana tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen yang telah ditetapkan.

APAD dalam satu kenyataan berkata, tragedi yang mengorbankan dua nyawa serta menyebabkan 14 kenderaan lain berlanggar di kilometer 5.7 Persiaran Utara itu adalah kesalahan yang amat serius.

APAD melalui Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) telah memutuskan untuk menggantung Lesen Pengendali Syarikat C&L Minerals Sdn Bhd selama 28 hari atas kesalahan gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dan pemanduan secara berbahaya.

“Semakan juga mendapati syarikat itu mempunyai jumlah saman kelajuan yang tinggi,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Katanya, tindakan penggantungan lesen pengendali syarikat ini akan berkuat kuasa 19 November, esok dan selepas tempoh penggantungan berkenaan sebarang transaksi berhubung dengan Lesen Pengendali bagi syarikat itu tidak akan dibenarkan.

Dalam perkembangan sama, usaha memastikan aspek keselamatan pengguna sentiasa diutamakan, Kementerian Pengangkutan akan mengarahkan agensi agensi di bawahnya untuk menjalankan pemeriksaan audit pematuhan dan keselamatan ke atas pengendali yang berisiko tinggi.

“Kementerian turut mengingatkan pengusaha dan pengendali syarikat untuk memantau prestasi pemandu kenderaan masing-masing dan hendaklah memastikan aspek kebajikan pemandu adalah terjaga pada setiap masa demi memastikan keselamatan pengguna jalan yang lain.

“Tindakan yang dikenakan ke atas syarikat pengendali ini diharap menjadi pengajaran dan peringatan kepada lain-lain pengendali untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa beroperasi terutama perkara yang membabitkan hal-hal keselamatan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan