26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Mawi doa yang terbaik untuk Ina Naim

Mesti Baca

PENYANYI dan penerbit, Mawi menitipkan ucapan takziah buat Ina Naim di atas kehilangan suami tercinta, Suhaimi Saad baru-baru ini.

Mawi atau Asmawi Ani berkata, dia mendoakan agar Ina dan anak-anak diberi kekuatan dan terus tabah atas ujian yang menimpa.

“Saya ucapkan takziah buat Ina dan keluarga. Saya sentiasa mendoakan semoga keluarganya dalam keadaan yang kuat.

“Kita hanya mampu berdoa namun yang memberi kekuatan hanya Allah SWT.

“Saya percaya setiap dari kita yang diuji, Allah tahu kita mampu hadapinya. Allah tahu kemampuan kita. Saya rasa keluarganya akan kuat dan tabah,” katanya ketika ditemui selepas majlis Graduasi Mutawwif & Mutawwifah Kem Mutawwif Integrasi Haramain, di sebuah hotel di Ampang, semalam.

Bekas juara Akademi Fantasia musim ketiga itu berkata, pemergian Suhaimi sebagai petanda baik dan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus berkongsi kebaikan dan ilmu ketika hidup.

“Alhamdulillah jika orang bercerita yang baik-baik selepas pemergian kita. Saya lebih takut jika orang bercerita yang tidak elok.

“Apabila kita meninggal dunia dan orang bercerita yang baik-baik, itu satu petanda yang baik. Ia boleh menjadi contoh dan inspirasi.

Advertisements

“Namun begitu, janganlah berbuat baik semata-mata mahu dipuji orang selepas kita mati, itu sudah lari niatnya. Buat baik biarlah Ikhlas.

“Kita yang masih ada peluang untuk hidup lagi di dunia ini, banyakkan berbuat kebaikan. Jika ada rezeki lebih, berkongsilah dengan orang lain,” katanya.

Mawi berkata, selama ini mereka tidak pernah berhubung, namun dia ada berkongsi berita pemergian Suhaimi di laman sosialnya.

Mawi menitipkan doa menerusi muat naik di Instagram miliknya dan berharap arwah Suhaimi menjadi sebahagian daripada orang yang beruntung.

“Moga Allah pilih arwah menjadi kekasihnya, itu yang kita harapkan. Orang yang Allah pilih menjadi kekasihnya ialah orang yang beruntung,” katanya lagi.

Terdahulu bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 15 November jam 7.40 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan