26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Anwar lancar Weststar Maxus MIFA 9

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

WESTSTAR Maxus melancarkan Weststar Maxus MIFA 9, kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya yang ditawarkan pada harga bermula RM269,888.

Weststar Maxus MIFA 9 dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara malam tadi.

Kenderaan EV itu ditawarkan dengan dua varian iaitu Weststar Maxus MIFA 9 Luxury yang dijual pada harga RM269,888 dan Weststar Maxus MIFA 9 Premium pada RM289,888.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengucapkan tahniah kepada Weststar yang menyambut komitmen kerajaan dalam merancakkan pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) di negara kita.

Katanya, ia juga seiring dengan matlamat kerajaan dibentangkan dalam Belanjawan 2024, iaitu mempercepatkan penerimaan EV dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam pelbagai sektor.

Advertisements

“EV juga menjanjikan untuk menangani perubahan iklim kerana industri automotif menyumbang kira-kira satu perlima daripada pelepasan global.

“Kerajaan juga menyediakan dasar yang kukuh dan jelas terkait industri EV antaranya melanjutkan pengecualian duti import bagi komponen EV pemasangan tempatan sehingga Disember 2027.

“Selain itu memberikan pengecualian cukai eksais dan jualan sepenuhnya kepada kenderaan pemasangan tempatan (CKD) serta melanjutkan pengecualian duti bagi kenderaan import sepenuhnya (CBU) sehingga Disember 2025,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan menawarkan potongan cukai sehingga RM300,000 untuk syarikat yang menyewa kenderaan elektrik bukan komersial dan mengecualikan cukai jalan untuk EV sehingga 31 Disember 2025. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan