30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

40 syarikat sertai Karnival Kerjaya MyFutureJobs di USIM

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KARNIVAL Kerjaya MyFutureJobs yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini telah berjaya menarik sebanyak 40 pempamir industri.

Menurut Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Nur Fidyah Natasha berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 10 pempamir adalah terdiri daripada pihak USIM sendiri.

Beliau berkata, antara syarikat yang mengambil bahagian ialah Samsung SDI Energy Malaysia Sdn.Bhd, Genting Malaysia, Honda Malaysia Sdn.Bhd, AirAsia dan lain-lain.

“Karnival ini membuka peluang para graduan dan masyarakat untuk mencari kerja sekaligus membantu kerajaan meningkatkan ekonomi dengan mengurangkan kadar pengangguran,” katanya baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Prof. Dr. Adnan Mohamad Yusoff.

Karnival Kerjaya X MyFutureJobs anjuran Perkeso dengan kerjasama USIM yang berlangsung pada 4 dan 5 November itu berjaya menarik lebih 1,500 pengunjung termasuk masyarakat setempat.

Advertisements

Sementara itu Adnan berkata, karnival tersebut memberi peluang warga USIM dan orang ramai mendapatkan maklumat dan menambah ilmu tentang sesuatu pekerjaan.

Katanya, program seperti itu juga dapat menimba pengalaman khususnya kepada bakal-bakal graduan untuk memasuki alam pekerjaan menerusi sesi temuduga yang diadakan.

“Saya menyeru kepada anak-anak untuk menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman,” katanya.

Salah seorang pengunjung, Nur Syuhadah berkata, karnival tersebud dapat memudahkan bakal-bakal graduan mencari kerja kerana turut diadakan sesi temuduga dalam kalangan syarikat.

“Cari kerja memang tak mudah, tapi kalau nak kerja, kita harus rajin pergi program seperti ini dan menghadiri banyak temuduga,” katanya. – Siti Nurhaliza Amirullah (Pelajar USIM)/Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan