25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

10 juta bakal terima tambahan e-dompet berjumlah RM1 bilion – PM

Mesti Baca

KERAJAAN di bawah program eMadani memberi tambahan nilai e-dompet RM100 kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun dan boleh ditebus bermula Isnin depan, 4 Disember ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini akan memberi manfaat kepada 10 juta orang, dan membabitkan kos RM1 bilion.

Beliau berkata, tempoh penebusan adalah sehingga 20 Februari 2024.

Empat penyedia e-dompet akan terbabit dalam program itu, walaupun Anwar tidak menyebut namanya.

Anwar membuat pengumuman itu ketika membentangkan Bajet 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Advertisements

Sementara itu, permohonan rebat sehingga RM2,400 untuk membeli motosikal elektrik juga akan dibuka pada Disember.

Ini adalah untuk mereka yang berpendapatan kurang daripada RM120,000 sebulan dan juga sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan pemandu beralih daripada bahan api fosil.

Bajet 2024 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Isnin dengan undi suara.

Bajet itu kini akan dibahaskan oleh Dewan Negara, dan ia juga dijangka lulus dengan mudah. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan