26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Urusan pembayaran di kaunter kerajaan kini tanpa tunai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai yang berurusan dengan kerajaan kini boleh membuat pembayaran tanpa tunai menerusi e-dompet di semua kementerian dan jabatan di bawahnya.

Memetik laporan BH Online, menurut satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia, orang ramai boleh membuat bayaran di kaunter bayaran atau portal rasmi kementerian dan jabatan menggunakan ‘dompet digital’.

Malah, pengguna juga kini boleh berbelanja menggunakan kod QR yang disediakan tanpa perlu menggunakan kad fizikal atau tunai ketika berurusan dengan kerajaan.

Menerusi pekeliling yang dikeluarkan pada Januari lalu menyatakan, urusan terimaan melalui portal kementerian, jabatan atau di kaunter dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi berasaskan laman sesawang atau aplikasi mudah alih.

Bagi pelaksanaan transaksi melalui portal dan atau di kaunter kementerian mahupun jabatan, pelbagai saluran yang diterima perlulah meliputi pembayaran dalam aplikasi (In-Apps), kod QR serta lain-lain teknologi terkini.

Mengenai caj perkhidmatan pengguna yang menggunakan mod e-dompet, terimaan hasil itu akan ditanggung oleh kerajaan kecuali yang membabitkan urusan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Namun bagi caj perkhidmatan untuk terimaan bukan hasil seperti bayaran balik pinjaman, caj perkhidmatannya perlu ditanggung oleh pembayar.

Kadar caj perkhidmatan maksimum yang boleh dipersetujui dengan pihak penyedia perkhidmatan bagi mod pembayaran e-dompet hendalklah tidak melebihi 0.5 peratus atas nilai transaksi.

Selain daripada caj perkhidmatan yang dinyatakan itu, penyedia perkhidmatan tidak boleh mengenakan sebarang caj lain kepada pengguna.-Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan