26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Mara pantau 55 MRSM susulan kes COVID-19 di MRSM Tawau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) melaksanakan pemantauan berterusan terhadap penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan, di kesemua 55 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara.

Ini susulan tercetusnya satu kluster COVID-19 baharu di MRSM Tawau, Sabah baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, dalam kluster berkenaan telah mengakibatkan 140 pelajar dikuarantin sehingga kini akibat dijangkiti, manakala pelajar yang pulih telah dibenarkan pulang.

“Bagaimanapun, pemantauan ke atas semua pelajar itu akan dilaksanakan bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

“Kami sentiasa memantau keadaan anak-anak kita yang masih berada di MRSM, terutamanya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada minggu kedua Februari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata, menjelang kemasukan penuh pelajar bagi sesi 2022 ini, Mara turut menyarankan agar pelajar-pelajar yang belum divaksinasi agar masing-masing dapat melengkapkan dua dos, bagi mengekang penularan pandemik berkenaan.

Baca juga:   Tindakan UMNO buka peluang PH kembali berkuasa

“Ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak berasa risau dan terus menghubungi pengurusan maktab jika timbul sebarang kebimbangan tentang situasi semasa.

“Ini bagi memastikan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan berasa tenang dan tidak tertekan,” katanya.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan