28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

UM, Universiti Tsinghua jalin kerjasama akademik dan inovasi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Malaya (UM) akan menjalinkan kerjasama dengan salah sebuah universiti terbaik dunia, Universiti Tsinghua dalam perkongsian ilmu dan pengalaman secara silang budaya, kolaboratif dan inovasi.

Naib Canselor UM, Profesor Datuk Ir. Dr. Mohd. Hamdi Abd. Shukor berkata, kerjasama tersebut menandakan detik penting dalam komitmen UM memupuk persekitaran pendidikan dan penyelidikan berstatus dan berimpak global.

Ujarnya, ia telah pun dimulakan melalui syarahan khas yang disampaikan oleh Presiden Universiti Tsinghua, Profesor Dr. Wang Xiqin di UM baru-baru ini.

“Melalui kerjasama ini juga, sebuah program latihan industri komprehensif yang dapat merapatkan jurang antara akademia dan industri, akan diperkenalkan.

“Latihan industri khusus ini akan memperkasakan mahasiswa dengan pengalaman dunia sebenar yang berharga, meningkatkan kebolehpasaran dan seterusnya membentuk mereka untuk menjadi pemimpin masa hadapan,” katanya hari ini.

Universiti Tsinghua dinobatkan di kedudukan ke-12 dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2024 yang diumumkan baru-baru ini.

Sementara itu, Dr. Mohd. Hamdi berkata, UM akan memulakan misi menyemai semangat keusahawanan di kalangan pelajar bersama Universiti Tsinghua.

Advertisements

Katanya, kerjasama itu akan memupuk penubuhan pelbagai inisiatif keusahawanan yang berdaya maju, dengan menyediakan platform bersesuaian kepada mahasiswa.

Selain itu katanya, ia mampu mengubah idea inovatif mereka kepada entiti perniagaan yang mampu berdikari dan menyumbang semula kepada ekonomi negara

Dr. Mohd. Hamdi berkata, dengan perkongsian amalan terbaik, penemuan penyelidikan dan sumber dengan Universiti Tsinghua, UM yakin terus kekal sebagai pemimpin penyedia pendidikan perubatan di negara ini.

“Selaras dengan komitmen UM terhadap pendidikan dan penyediaan perkhidmatan perubatan sejak awal penubuhannya, kursus perubatan di UM juga dapat diperkukuhkan melalui kerjasama ini.

“kami teruja untuk meneroka program pengajian perubatan lapan tahun di Universiti Tsinghua yang menggabungkan pengajian perubatan konvensional dengan pelbagai cabang bidang lain.

“Pendekatan inovatif ini tentunya akan memperkasakan bakal graduan perubatan untuk bersedia menghadapi cabaran dunia
masa hadapan yang rencam dan rumit,” tambahnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan