HASRAT perseorangan utama negara, Lee Zii Jia untuk merangkul kejuaraan kedua dalam tempoh dua minggu tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain China, Weng Hong Yang pada aksi final Terbuka Denmark, awal pagi tadi.
Masih segar dengan kejuaraan di Terbuka Arctic, pemain berusia 25 tahun itu turun selaku pilihan menentang Hong Yang yang berada di ranking ke-22 dunia.
Namun, pertarungan di Arena Fyn, Odense menceritakan sebaliknya apabila Zii Jia beraksi di luar kemampuan sebenar apabila tewas straight set, 21-12, 21-6 hanya dalam tempoh 33 minit.
Kekalahan tersebut menyaksikan Hong Yang melebarkan rekod kemenangan ke atas perseorangan lelaki negara itu kepada tiga daripada empat perlawanan.
Kedua-dua pemain akan bertemu sesama sendiri dalam kejohanan Terbuka Perancis yang akan bermula esok dalam pusingan awal.
Terdahulu, pasangan beregu lelaki negara mencipta sejarah tersendiri apabila menundukkan pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maula dalam straight set, 21-13, 21-17.
Kejayaan itu merupakan kejuaraan Jelajah Dunia pertama gandingan tersebut apabila dinobatkan sebagai juara beregu Terbuka Denmark. – Edisi 9